Showing posts with label custom album. Show all posts
Showing posts with label custom album. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Photo Contest at STABAZ UIA 2012

Semalam is our 1st day at STABAZ UIA. Tengok keadaan sekeliling masih blom panas lg. Maybe sbb konv o start sabtu ni (target crowd blom smpi hehe). Tak ramai yg singgah booth maybe bg mereka tiada keperluan pon nk singgah huhu. So, terfikir idea nk merancakkan lagi aktiviti di booth.. then trus pop up photo contest. Apalagi jom posing2 sambil menang hadiah.. =)


Saturday, April 7, 2012

Majlis bertandang Syima & Man

     Jauh perjalanan luas pemandangan.. Mungkin ada betul ungkapan ni. Banyak tempat kita merantau semakin berubah persepsi kita tentang sesuatu. Majlis bertandang utk pasangan Syima & Man yg berlangsung di Batu Gajah, Perak ni banyak mengajar kami tentang sesuatu yg baru. Bergulung2 penghargaan jgk kpd bro Irwan Shah sbb sudi menemani & menjadi "sidekick" utk kali ini... skill lu mmg gempak beb...hehehe...
     Apa yg paling penting kami berjaya membalas dendam sbb kt Kg. Baru aritu kami tak dpt outdoor kat lokasi yg dirancang. Lastly, kami nk ucap terima kasih pd pasangan Syima & Man sbb beri kepercayaan pd kami utk hasilkan album perkahwinan kalian.. nati bole la tolong2 promote kat customer korang yg nmpk mcm bujang...hehehe











Resepsi Syima & Man @ Kg Baru

     Salam semua... entry sebelum ini saya ader story psl majlis pernikahan Syima & Man. So, kali ini saya akan kongsi sesi majlis resepsi Syima & Man yg berlangsung pd tarikh 29 Januari 2012 di Dewan Orang Ramai Kg. Baru. Majlis ini berlangsung pd hari yg sama selepas sesi pernikahan di sebelah pagi. Cuma apa yg kurang seronok bila rancangan utk sesi outdoor tak dpt nk buat di lokasi yg sepatutnya. Mujur di sebelah dewan ada area yg bole kami posing2..
     Thanks to bro Helmy yg sudi jadi gua punya "sidekick" itu hari.. 60D Canon mmg merencit bak hang..hehehe










Friday, April 6, 2012

Majlis bertandang Husna & Hafiz @ Rawang

     Sementara anak x meragam bole la Mrs. kedot postkan previuos project yg da lamer x diisi dlm blog ni.. Acik kedot da sediakn isi yg nk dipenuhkn dlm post kali ini serta 3lg post yg akn dtg b4 dia berangkat ke Perak semlm. So, here we go..
     Entry kali ini adalah sambungan kpd ceritera cinta Husna & Hafiz. Majlis bertandang yg berlangsung pd 28 Januari 2012 ini diadakan di Dewan MPS Taman Kancing, Rawang.
     Semuanya berlangsung seperti yg dirancang walaupun sesi outdoor dicabar dgn masa yg amat terhad, ditambah pula dgn keadaan cuaca yg tidak dijangka. Awan memang jelas kelihatan menahan bebanan air hujan yg akhirnya mencurah2 sejurus selepas saya selesai menjalankan tugas.
     Sebelum tu lupa nk bitau yg sesi outdoor kali ni saya ambil di Taman Millenium a.k.a Taman Layang-layang di Kepong. Ape pon thanks to Husna & Hafiz sbb sudi ambil kami as ur official photographer, hope berbaloi2 la ye..










Resepsi Husna & Hafiz @ Ampang

Salam semua...hampir bersarang blog ni sebabkan lamer tak update. Sorila kawan2, bukan tak nak update tapi sibuk dgn segala macam hal membataskan sedikit masa utk postkan entry2 baru..
So, kali ni story psl majlis resepsi Husna & Hafiz yg berlangsung pd 23 Januari 2012 di Dewan Gemalasari RISDA, Ampang. Majlis resepsi ini diadakan pd sebelah malam dan apa yg mencabar utk sesi fotografi kali ini adalah outdoor shoot pertama saya pada waktu yg gelap. Tetapi saya bernasib baik kerana saya di-assist oleh Najib yg mmg pandai dlm hal2 lighting ni. So, blaja la jgk sket2 dr Mr. Najib kita ni..thanks ya bro!
Selain tu jgk, pasangan Husna & Hafiz adalah pasangan pertama menggunakan i-Pad Guestbook..harap2 menjadi la seperti yg dibayangkan huhu. So, inilah hasil kerja saya pd hari tersebut...










Monday, February 20, 2012

Majlis Pernikahan Man & Syima @ Kg Baru

Assalamualaikum semua,

Sebelum saya mulakan entry saya kali ini, saya nak ucapkan Hepi Besday to my lovely wife Nur Aini. Semoga panjang umur, dirahmati Allah dan murah rezeki... luv u always!!! =)

So untuk entry kali ini, saya nak luahkan sedikit rasa perasaan simpati kpd pasangan Man dan Syima kerana pelbagai dugaan yg telah mereka lalui dalam menghadapi hari perkahwinan mereka.

Tapi alhamdulillah, setiap perkara yg baik pasti Allah permudahkannya kemudian. Sesi pernikahan berlansung pd pagi Ahad dan resepsi pula pd sebelah petang. Namun kali ini saya postkan dahulu gambar2 di majlis pernikahan, manakala gambar2 sepanjang resepsi mereka akan saya postkan di entry akan datang. Thanks to bro Helmy sebab sudi jadi "side kick" pd hari tersebut hehe...